busy!!

 
SORRY!! 
I SANGAT BUSY SEKARANG! 
XDAPAT UPATE BLOG!
MAAF ;)

Lirik lagu Sewaktu dulu dulu



Lirik "Sewaktu Dulu-Dulu" - Elyana

Lagu: Aidit Alfian
Lirik: Ad Samad

Apa yang telah kau tiupkan ke semangatku
Nak ku melenting namun aku tertunduk diam
Berjuta ayat aku lemparkan
Tak sepatah bibirku dapat luruskan

Ku tahu kau tahu ku dalam genggamanmu
Tak perlu kepintaran tinggi untuk mengerti
Tapi encik, kau sudah melampau
Memperduakan ku dengan dia..

Chorus:

Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu..

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, mahu ku ingatkan
Jangan tersalah buat pilihan

Chorus:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu

Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, sekarang mahu ku ingatkan
Jangan sampai engkau tersalah buat pilihan

Chorus 2:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu,
Tak mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu..

Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..








Hebatnye cinta seorang wanita









Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah….semua kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yg berbahagia tersebut. Suatu acara yg luar biasa dan sungguh meriah. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dngan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yg memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh2 sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kpd isterinya:

“syg, abg baru membaca sebuah artikel dalam majalah tntang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut”…

“masing2 kita akan mencatatkan hal2 yg kurang kita sukai dr psangan kita. Kemudian, kita akn mmbahas bgaimn kita mgubah hal2 trsebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”

Isterinya setuju dan mrk mula memikirkan hal2 dr psangannya yg tidak mrk sukai dan berjanji tidak akn tersinggung ketika psangannya yg mencatat hal2 yg kurang baik krn ia adlah untuk kebaikan mrk bersama. Malam itu mrk sepakat utk berpisah tidur dan mencatat apa yg terlintas dlm benak mrk masing2. Esok pg ketika sarapan, mrk sedia membincangkannya.” Abg akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Bnyk sekali yg ditulisnya, sekitar 2 muka surat…..ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yg tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan isterinya tertunduk dan sedikit air mata bergenang di sisi matanya…mgkin ada sedikit kesedaran pd perwatakannya sebelum ini tanpa disedari….

“ maaf sayang, apakah abg harus berhenti?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan…” jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan senarai.

Giliran sayang…abang sedia mendengarnya”..dgn suara perlahan dan tersekat-sekat isterinya berkata, “Maafkan sayang…sayang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas sayang.syg fikir bahawa abg sudah sempurna di sisi syg. Dan syg tidak ingin mngubah akn diri abg. Abg adlah diri abg sendiri. Abg hensem dan baik hati di sisi syg. Tidak ada satupun drpd peribadi abg yg syg dapati kekurangannya. Syg cintakan suami syg yg dulu, sekarang dan selamanya selagi hayat syg. Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya…bahawa siisteri menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan mengalir air mata.

Sebelum kita mencari kekurngan org lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dgn org lain????kalau jawapannya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Krn tiada manusia yg SEMPURNA dlm dunia ini dan sentiasa ada yg perlu diperbaiki..

Hakikatnya org2 yg menyayangi diri kita krn klebihan kita dan menerima sgala kelemahan kita, sudah pastinya org ini adlah sgt ikhlas menyayangi kita…




Wang vs Riba.


*Maaf,,entry agak panjang,tapi penuh dengan informasi. Harap bersabar. Pfffttt*


Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi setiap manusia yang bernyawa didunia ini, malah ada yang mengutamakan wang dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata2 untuk mengaut sebanyak mungkin wang yang berada didalam kitaran sistem ekonomi.

Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan utama pergi kesekolah.. "belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar boleh kerja gaji besar (wang banyak)" biasa dengar tak? Atau mungkin itu yang acapkali anda sebut kepada anak2 anda sekarang?.

Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal.

Walaupun penerangan diatas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya di guna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli2 bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan diatas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.

Orang paling kaya didunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng"kuda"kan presiden dengan bantuan agen2 seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta2 insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka2 ini jugalah orang kuat dibelakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat.

Apabila kita meminjam wang dari bank, samada pinjaman rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia lain, sebab itu ramai berkata "aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau tak macamana bank nak beroperasi", akan tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung menzalimi insan2 lain terutamanya golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak perlu pun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya.

Bagaimana cara kita menzalimi manusia lain?

1. Kita bersubahat men"cair"kan atau menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men"cipta" wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai samada emas atau perak. Lagi banyak pinjaman, lebih banyak lah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada didalam ekonomi.

2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut, contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya permintaan.

Jijiknya Riba' itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, samada makan hasil riba' ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba'. Disebabkan manusia semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada "survival mode" yang mana kepentingan diri lebih utama dari kepentingan manusia2 lain.

Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan senantiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.

1. Benih kerajaan sekular - Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang2 negara lebih utama dari undang2 Allah, sebagai negara Islam, Al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang2. Sebaliknya undang2 ciptaan manusia yg angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang2 moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang2 Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih2 lagi dengan masyarakat yg berbilang kaum.

2. Benih ekonomi Riba' - Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England pada kurun ke17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga manjadi asas yg sama untuk penubuhan bank2 di negara2 bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba'.

Dan benih2 ini sudah lama bercambah dan membesar menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin2 yang akan sedar akan sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang.

Yang di"atas" tidak perlu risau kerana sistem ini senantiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa, rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yg canggih, keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di akhirat. Akan tetapi mereka inilah yg pertama sekali akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak atas kerosakan dimuka bumi. Siapa mereka ini? Pemimpin..

Akan tetapi semasa perbicaraan diakhirat, mereka ini akan berhujah balik... "ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah aku dipilihanraya.." Siapa pulak mereka itu..? Tak lain tak bukan selain dari kita semua sebagai rakyat.

Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu2 itu sahaja tidak cukup untuk menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih2 lagi akhirat. Berapa ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini? Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada "nur" dihati.

Kerana hanya dengan "nur" inilah kita mampu melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu. Pembohongan ini amat sukar di lihat umpama cuba melihat semut hitam, diatas batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya "nur" yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid 57:28) Dan tanpa "nur" inilah manusia lebih berminat akan dunia berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.

Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Rasul Allah berkata, "Bagaimana jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang di gelarnya syurga adalah sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) sepertimana Nuh memperingatkan kaumnya. Sahih Bukhari


Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan "Federal Reserve Note" iaitu wang kertas Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak didalam kitaran. Ada gambar "satu mata" di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid "gah"nya di Mesir? Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang bermata satu?

Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut, "Annuit coeptis" jika dirujuk pada wikipedia bermakna "usaha kami direstuinya (tuhan)", dan "Novus Ordo Soclurum" bermakna "bermulanya era baru", era penjajahan rakyat dengan menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).

Sama2 lah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi "nur" untuk melihat serta kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu2 yang boleh membebaskan kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga. Insyaallah dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita kearah tersebut. Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi "nur" di hati untuk melihat pembohongan2 ini. Amin.
Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan2 yang lain, insyaallah


malware detected???


Hai geng. Tadi aku nak bukak dashboard aku. Tapi then keluar benda ni. Banyak kali aku try..benda sama jugak keluar. Tapi aku tekan proceed gak sebab aku dah rasa nak share cepat2 benda ni. Nahhh,,tengok apa yang google tunjuk dan bagitau aku. Ish ish..ape punya keje daa..


nahh..aku besarkan lagi..


tak cukop besar???hah..klik la kat gambar tu!!

*Ape maksud semua ni?? adoii....




Sewaktu dulu dulu by Elyana









Eh..korang tau tak Elyana sekarang dah ada new single. Sewaktu dulu dulu.. Kalau nak dengar,,kenalah pasang radio hari hari.Aku dah try search mp3 Sewaktu dulu dulu kat tenet nak kasi korang dengar, tapi xjumpe lah. hehehe. Best lagu tu sebab bagi aku lagu Elyana ni semuanya best. Semua album dia aku ada, aku dengar, aku karaoke. Hahaha. Korang boleh lah cari kat google lirik lagu Sewaktu dulu dulu ye. Sebabnye,,aku pon belum hafal lagu tu. Eh,,pastikan korang dengar taw!!!  Baidewei,,dia honeymoon dengan suami dia kat Beijing. Wow!!! Satu destinasi yang menarik. 


Search lirik lagu Sewaktu dulu dulu-Elyana
Ciptaan Aidit Alfian dan Ad Samad




ni new hair style Elyana. Buat sendiri katanya. Cun!!





ChanteQ's 1'st Giveaway


T & C :
  1. Mesti mempunyai blog tak kira la personnel blog ke, business blog ke..janji blog yer!
  2. Jadi follower Zone Bundle ChanteQ.
  3. Jadi follower Zone ChanteQ Shoppe.
  4. Jadi follower Zone ChanteQ Collection.
  5. Buat satu (1) entry tentang Giveaway ni di blog anda.
  6. Tinggalkan link penyertaan uollss kat entry ini yer..
  7. Letakkan pic ChanteQ's Giveaway di sidebar blog uolssss dan link kan ke entry ini.
  8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15/02/2011
  9. Pemenang akan diumumkan pada 17/02/2011
  10. Keputusan adalah muktamad.

 TQ! With Love ♥ ♥ ♥ 


ayu raudhah dan zaquan adha..ayu raudhah pregnant??


Hahahaa!!! Korang terkejut eyh tengok title Ayu Raudhah pregnant? Hehehhee. Anda tertipu. Saja bagi korang terkejut. Huhu. Anyway,,kalau betul pun dia pregnant, alhamdulillah. Moga selamat lah anak diorang nanti dan semoga anak diorang comeol comel  macam aku.. Eyh? Nape macam aku..mestilah macam parents dia yang cantik dan handsome tu kan??? :)  Ekceli,,aku nak tunjuk je picture kahwin diorang. Itu sahaja ye. Hahaha. So..sesape yang belum tengok tu, silakan menghayat gambar2 ini. Selamat melihat!! 








Sweet kan gambar diorang??? 
Aku pun nak macam ni jugak time aku kahwin!! Hahhaha. 
AMIN =)




Jangan ada dendam??



"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.


Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.



Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.


*Tidak ada kaitan antara yang hidup atau yang mati*



Hot Promotion For Your Hair. Quick! Siapa cepat dia dapat!!!



MAD - RM88 FOR COLOR+TREATMENT+WASH+BLOW 

AT 

IVAN & MAX STUDIO




RM88 instead of RM260 for Color, Treatment, Wash & Blow at Ivan & Max Studio, Damansara Perdana [66% OFF]


Conditions

Mondays to Thursdays only

Appointment necessary

Voucher redemption period: 17 February 2011 - 16 May 2011

No replacement given for expired vouchers

Not redeemable for cash or with other promotions/services

Highlights

Using only Schwarzkopf products

In the hands of experienced stylists

Purchase vouchers as gifts

Get the hair color that you want and look great!





How many people you know tighten their belts especially nearing the end of the month? I do that too and am sure that you could relate to this as well. The first thing you usually cut back on, are hair treatments, right? You’ll then resort to do it yourself and end up looking like the colorful Troll, definitely not a style I’d recommend.




Why torture yourself like this?
badhaircolor
If you want your hair colored and treated by professional hairstylists using professional products and not get your bathroom in the same color as your hair then look no further. 
  
Using only Schwarzkopf products, Ivan and Max Hair Studio is the place for you.
 
IvanandMax3
 Swanky, modern & well equipped hair salon
Their swanky, modern and well equipped salon is very inviting and as soon as you rest your tired, aching feet down, you feel relaxed. Why shouldn't you? You're in safe, professional hands. By the time they're done, you'll leave happy with your new look.
 
IvanandMax1
Friendly, professional staff using only professional Schwarzkopf products
This deal’s so good that you’d be the belle of the ball and the talk of the town. This deal goes out to guys too; now’s the time to win that girl’s heart.
Let's look good, feel great.

Reviews

'Have fun with your hair! It’s like the clothes we wear. If you’re wearing the same outfit everyday, it becomes your uniform. Don’t be predictable. Kill routine because routine becomes boring after a while.' – Jojo Struys





10 Ways to Have a Better Day Today


by Geno Stampora



lets have this day!!

1.    Wake up 30 Minutes Early.
Get up 30 minutes before the alarm goes off and take the first half hour for yourself. Once you get busy and into the day there never seems to be the time for yourself. Take this time to plan getting the most from the day.
2.    Read, Listen, or Watch Something Uplifting.
Make this a daily habit. Get out of starting the day with no mental food. A great day does not begin with the news or the paper, it begins with ideas or energy that will propel you through the day. What you first hear will stay with you throughout the day.
3.    Eat a Good Breakfast to Start You Off Right.
Get something good into your body to wake it up and get it going. Think about the energy you will need to perform. Every day we run a marathon. What would you need to eat and drink to win it.
4.    Choose Your Winning Attitude.
There is enough to go wrong without sabotaging yourself. Your attitude is a choice you make. Don't let it come between you and your success. Be careful to keep it positive all day long.
5.    Be Aware of What They are Telling You.
The people around us have a profound effect on how we get through life. Our closest friends and family are our greatest environmental influences. Make sure you have the best advisors you can find.
6.    Make the Most of What You Do.
When you get to your work, make it the best place to be. Most people go to work and never think about work while they are there. Focus on your contribution. What would it be like if you were not around. Strive to give a 100% each and every day.
7.    Always Remember that People are Listening.
Make a point of talking well of others. Wish others the best in life. What goes around does come around. Don't talk negative about anyone. Try to understand their circumstances. Practice being a support system to your friends and family. They need you.
8.    Be Honest and Fair to Others.
It does make a difference. What you give to others is usually what you get from others. Practice integrity that people can see and feel. Be aware of what you say. Learn to walk your talk at all times. The more people trust you, the more of their time they will trust with you.
9.    Pace Your Energy to Last All Day.
Be careful of bursts of energy. Pace your energy throughout the day. If you get too crazy early in the day, you will reach a point of exhaustion before the day is over. By planning your entire day before you begin, you will have what you need. You've heard the old saying "look alive."
10.  Get in Bed Early and Study for the Future.
I have a friend who keeps a journal at his bedside. Every night he writes what he learned new on that day. The only way to keep one step above the masses is to learn new ways to do things. Develop the habit of reading a work or personal development book before you go to sleep. Reading for 30 minutes a day is like a year of college. You can't succeed if you don't read. Remember throughout your day that life is what we make it, day by day. Practice having the best day ever. It adds up to a great life.

isteriku guru...pra sekolah @ tadika...



1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi. 

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah) 

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu 

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada! 

Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi) 

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran. 
Nak bagi markah, ada skema jawapan. Pakaian ke tempat kerja, ada etika. Nak tanda kertas, ada garis panduan. Sampai sekolah, isi waktu kedatangan. Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer. Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa. Bila boleh nak menipunya? 

Nak berpeleseran? Jauh sekali. Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu? Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......" Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu? Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi. 

4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan? 

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini. 

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan? 

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan. 

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru. 

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa) 




6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? 

Masuk kelas itu, budak-budak tengok. Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok. Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!" Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila. Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh,,