SALAM RAYA SALAM KEMERDEKAAN


  • (aku tak tau cara nak hilangkan titik ni, haha. So kita abaikan.) 

Assalamualaikum, hai kawan2 ! Korang sihat? Korang mesti tengah ceria skang kan. Aku tau sebab ape. Meh biar aku jawab. Sebab Syawal dah nak tiba kan?? Hehe. Aku pon eksaited. Mana taknye, xsabar nak mengenakan barang2 baru. Hehee! Tapi, ada juga yang sedih sebab bulan Ramadhan bulan yang penuh rahmat, bulan pengampunan, bulan keberkatan, hampir meninggalkan kita. Bulan ni kan banyak kelebihan. Banyak pahala dan ganjaran yang boleh kita kumpulkan dalam bulan Ramadhan bulan rahmat ni. So, no wonder ada sesetengah pihak yang sedih. Tapi, jangan sedih okay. Kita boleh bergembira di bulan Syawal, bulan kemaafan, mengeratkan silaturrahim antara manusia dan sanak saudara. Hooray!! BUT BUT,, jangan lupa pada yang tiada okay. Sama2 lah kita sedekahkan Yasin dan al-Fatihah kepada mereka, agar roh mereka dicucuri rahmat, terang benderang kubur mereka. AMIN. (sebak pulak aku)

Ok guys, come on!!(tepuk tepuk tangan) Forget it. Panjang bebenor intro aku. Aku just nak bagi WARNING and REMIND korang. (macam garang kan) Yelah, korang dah eksaited nak raya ni, korang lupa pulak pada Hari Merdeka. Jangan ingat Hari Raya je penting ye. Hari Merdeka pon penting sebab kalau kita tak merdeka, kita mungkin takkan dapat sambut bulan Syawal ni dengan meriah. So, jangan lupa laungkan MERDEKA pada 31 Ogos ini okay! Gimme five! Yeay. Good! So, untuk memudahkan kerja korang, kita buat 2 in 1. Macam ni. SALAM RAYA SALAM KEMERDEKAAN! Amacam, okay tak? Cun kann? Hehee. Okay lah, tu je yang aku nak share kat korang. Tata. Before that, a very nice kiss to all the readers. (mmuah) . Okbai.


pic ni aku cilok dari google


FIRST BABY ELYANA :)

comel nye.macam ibu dia :]


Hey friends. FYI, our gorgeous and hot looking Elyana ( pelakon/penyanyi), dah selamat lahirkan baby yang pertama. Nama aku pon tak tau lagi. Segala info aku dapat dari blog ELYANA OFFICIAL FC BLOG.





Semoga anak dia bertambah sihat an sihat dan jadi comel lotee <3
Pheuww!

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011


Wah..sekian lama xjoin contest :]
Now I'm back!
Better you run, haha! (kd ok)
This time I join contest from Denaihati okay.
Check this out.
Here is my result :


*Cinta Dari Kaabah

*Jadual Penerbangan Haji 2010

*Jemaah Haji 2010 seruan suci


*Isra dan Mikraj pengajaran yang dilupai

BERAYA BERSAMA SUNSILK




Assalamualaikum :)
Sihat tak?
Dah makan?
Buat pe tu?
Banyak tanya tak aku?
Nak mintak pelempang pulak kan.haha
So, haku dok kesah :P

Korang dah prepare nak raya ke?
Baju raya? Kasut raya? Tudung raya? Rambut raya? Kaya raya!! 
Oooppss,,terOVER pulakss.
Okay, aku just nak share kat korang yang nak beraya ni, 
If nak rambut nampak cantik dan kemas,
Tersusun rapi, lembut berkilau bak permata, (HAHA)
Korang boleh gunakan shampoo rambut SUNSILK
Sebab apa ye?
Sebab dia ada banyak jenis (aku tau la yg laen pon banyak jenis)
Korang tak caye, korang boleh try ok :)


SELAMAT BERAYAA!!


(Oh ya, sapa yang rasa dia kaya, boleh lah hulur sikit kat sini :P )




SELAMAT HARI RAYA

Kepada yang mengenali dan ingin mengenali, 
Salam kemaafan,
Salam keberkatan,
Hari raya hari bahagia,
Marilah kita bergembira.



SALAM SATU MALAYSIA
SALAM BANYAK BLOGGER
:]

LIPICE PINK PARTY!




Guys! Kindly VOTE for me for this picture ;D

Follow the steps :



Thank you, I Love U guys !
:]

PEMADAM DAN PENSIL


Pensil : Maafkan aku, kawan.
Pemadam : Kenapa, kawan? Kamu tidak berbuat salah padaku.
Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, kawan. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, kawan. Semakin kecil dan kecil.
Pemadam : Ya, tidak mengapa, kawan. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, kawan. Aku sukakannya!

sumber : http://thevampirediariess.blogspot.com

SWEET CRAVINGS, OH CUPCAKES!


With a determinant march, armed with a long list of baking ingredients, each isle at the supermarket sees you checking out the required ingredients for that baking escapade planned for so long. Reached home and all turned topsy-turvy when the most important ingredient was left out; 1 stick of butter.


Stop short from tearing your hair out from baking frustrations. Keep it sweet and simple and order from Craves for Cakes: There are two choices of sweet treats to choose from for only RM15 each:

  1. 6 Rainbow Buttercream Cupcakes in 2 flavours: Fluffy Vanilla & Moist Chocolate Heaven and in 6 Buttercream Colors (maximum 2 Buttercream Colours for one voucher) OR
  2. 6 Glorious Chocolatey Muffins in 2 Flavours: Rich Dairy Milk Chocolate & Sweet White Chocolate

cupcakesinside
Rainbow Buttercream Cupcakes


 mufin 
Chocolatey Muffins


The Buttercream Cupcakes come in 6 colourful colours of pink, purple, yellow, green, turquoise & orange to choose from and in 6.5cm diameter while the Chocolatey Muffins come in a choice of Milk Chocolate or White Chocolate in 8cm diameter.

Perfect for any occasion, especially the coming Aidilfitri celebration, get one, two or three with unlimited purchase and redemption per person. 

Take this chance to purchase Lusciously Moist Banana Cake, Swirly Tri-coloured Marble Cake & Oozing Blueberry Shortbread worth RM45 at 20% off.




tricoloredmarble
Tri-coloured Marble Cake


You guys wanna some? 

Pelakon, Nabila Huda nekad tuntut cerai dari suami






NEKAD...Nabila hadir di pejabat Jawi, semalam.




KUALA LUMPUR: “Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.
“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.
Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.

sumber : Metro

TINGKATKAN MEMORI DAN HAFALAN




Hai semua. Mesti ramai antara korang yang suka bila ada cara untuk tingkatkan memori dan hafalan kan? Yelah, nak exam kan kita kena banyak pakai otak. Nak kena ingat tu, ingat ni. Kadang kadang frust jugak bila xdapat hafal. Lagi- lagi bila time exam. Memanglah kena faham, tp kadang2 kita tetap juga kena hafal. Hafal dan faham. Macam tu lah okay. So, kalau korang nak tau, COKLAT dapat meningkatkan memori kita taw. Ni antara kelebihan coklat yang aku cari kat google :


Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat 
             penyakit koronari jantung
h)         Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan

Korang selalu fikir yang coklat ni menggemukkan badan kan? So, korang jangan lah asyik ingat keburukan coklat ni. Kena pikir jugak kelebihan dia okay. Tata :]

Info tambahan : Coklat yang baik untuk kesihatan ialah coklat hitam, tanpa kandungan susu.






TANGKAP CINTAN

him.her

ZAKAT, ZAKAT !

Assalamualaikum korang! Today I would like to..blablabla...hehe. Ok, harini aku nak kasitau pasal bayaran zakat. Membayar zakat termasuk dalam rukun Islam ok. Huhu. Ayah aku dah bayar, so korang bagaimana? Dah bayar belum? Bagi sesape yang belum bayar, masih belum terlewat okay! Gotcha!! =)




ayah,ibu,kak ain,aku,adli,fatin




Google or Yahoo ?


Halo korang! Korang mesti selalu pakai internet untuk cari info kan? So, korang suka pakai Mr. Google or Mrs. Yahoo? Aku suke pakai Mr. Google. Taktau nape..but macam comel je kann. Hehee. Aku tak tau lah if Mr. Google and Mrs. Yahoo nie ada persamaan atau perbezaan. Aku maen pakai je. Hehee. Teruknyee lah aku kann. So what? Korang ingat aku kesah? Pffttt.



Mr. Google


Mrs. Yahoo


Korang prefer mana? Mr. Google or Mrs. Yahoo ?

BLACK AND WHITE .

SELAMAT MENENGOK!



Hai. Terus cakap la ehh. Tak payah introduction introduction ni. Buang karennn. Hoho..Ekceli kann..Aku suke lah bab bab photography ni. Cuma antara pro ngan nan-pro je la. Sape mahir? Meh.." Tunjuk ajarku sifu" hahaa. Yela..time bosan, aku capai kamera, amik pic yang tah karut2.. tapi bila dah snap,,fuhhhsyuuu,,mantap bro. *Sendiri Berangan Mantap*. Hahaa.. Mood aku time snap picture ni adalah black and white. Kat DSLR ni aku guna Setting Monochrome :) So, jom la tengok karya aku yang tak berapa nak hebat macam kau punya. hehee.




*AKU AKAN BUAT YANG LEBIH BAIK NEXT TIME. HEHE *



BURGER NYA ENAK DONG !

Assalamualaikum. Pagi pagi buta ni, aku nak pomot kat korang satu kedai gerai burger ni. Lokasinya dalam UPM. Hehe. Kat mana? Kat dalam kolej aku. Kolej apa? KOLEJ PENDETA ZABA . Tempat lain aku tak tau. Kuikui. Sedap kut. Haha. Tapi xdapek nak beli hari2. Gomuk den kang haaa. Hehee. Ni tuan punya gerai tu. Korang boley bukak la tengok tengok Hahaa.



Dia ada buat Group lah konon kat FB ni. Hahaaa. Nah. Dauf Bizz ~

Bai.

MYMYDIN OK ! MYMYDIN !

Hah !! Apa kau buat hah ? Ooo..baca blog aku ke? Wahh, terima kasih la. Terharu sgt. Nah singgit. Eh seposen. Alamak, xde syiling, xpayah duit lah. Haha. Oppss..aku nak cite pasal MyMydin kann? Nak tau apa yang aku nak share? Nak kasitau yang MyMydin ni adelahh tempat aku keje. Tarikh stat keje.. 9 Jun 2011. Tarikh cabut..eh bukan cabut..benti keje..7 Oges 2011. Bos aku tu sibuk sibuk suruh aku continue keje lagi. Xsampai hati lah tu nak lepaskan aku. Haha. But never and ever. Cek xmau dah. Nak rehat goyang kaki kat rumah. Cett. Ehh, best tau keje situ. Xpayah nak tension tension kepala hotak pikir paperwork or whatever. Amik barang, susun. Kalau ada customer, aku layan ahh. Ehh,,bukan layan lain. But aku kan cashier, so kena lah server customer. "Customer Always Right". Yup Memang lah semua pasaraya pakai tema tu. But ada certain customer tu yang mmg mintak kaki aku. Dah salah nak kata orang lain salah. Ade lah one day tu, plastik habis. So aku bagi je lah plastik kecik bebanyak. Ehh,,dia nak byk mulut cakap pengurusan tak betol Tuii! Bukan aku yang jaga plastik tu. Company yang edar kan. Seb bek aku pekerja, if bukan pekerja, mmg ko dah kena maki hamunn ngan aku. Grr!! Sabor je leee.. Dah la, tak payah pk pasal customer banyak songeh tu. Jom cite benda2 best. hehe. Lagi yang best keje situ kann..boss, MT and staf staf kat sana baik. Sporting. Kalau buat lawak..mmg kaw kaw aku gelak! Hhaha. Kadang depan customer pun aku tak dapat tahan gelak. Hehee. Lagi ada one day tu, sorg akak ni tny aku..


Akak : Dik, kat sini ada jual mangga x?
Aku : Ade kat belakang kak. But xtau ada lagi or x, sbb buah cepat abis.
Akak : Bukan..akak nak mangga untuk pagar.

Hahahaha!!!!!!!!!!!!!!!! Terus aku and akak kat sebelah gelak!! Malu habis!! Hahaa. Sampai sekarang..if aku ingat peristiwa tu, aku akan gelak. Banyak lagi laa benda2 lawak yang aku xdapat nak lupekann. hehehe. Banyak sangat. Berepisod karang kalau aku buat. Boleh jadi novel pulak. Opsss..terover dah hehehe. Ok da la..da penat taip. Kan best kalau laptop ni dapat taip terus apa yang aku cakap. Ada tak ehh? hehehe. Nak beli nak beli!!!  Ehh..aku ada gambar. Jom tengok :P

Ni laa tempat aku. Bhgn2 ni mmg aku yg kena susun barang. Kemas tak ?

Yg tengah tu, MT. means Management Trainee. Kiri tu Cashier, my partner :)

Yg muke2 laen kt blkg tu, staf MyMydin jugak. Depa sume ni SEMPIOO !!

Dah, jom balek. hahaa 








SWEET COUPLE

L: ye , abg da lme tgu kn saat ney . .

P: abg nukz tglkn syg ke ?

L: mistilah x ? tlg jgn p.k cam 2 . xmungkin terjadi . !

P: abg cintakan syg ?

...L: ya , tiap hari .

P: abg prnh tipu syg ?

L: x ! nape syg slelalu tya cam 2 ?

P: abg akan slalu kua ngan syg x ?

L: setiap kli ad peluang abg x kn lps kn . .

P: abg akan pukul syg ?

L: giler kew ?abg ney bkn laki cam 2 . .

P: boley kew syg pecaye kn abg ?

L: Yee

P: syg . . .

selepas couple : bace dari bwah . .


*lawaks laa..

SHE'S BEAUTIFUL

Her name is Alya Nur Insyirah.
Was borned on 04 March 2010.


Kasihku kekal setia
Kasihmu membawa bahagia
Ada mu cerialah rasa
Hilangmu tanggunglah derita


*she's so cute. and jealous with her eyes.

Dadali



sedih pulak aku dengar lagu ni. sebab sebak didada.


LAST STORY


aku tahu
kau boleh
kau mampu
 kau berjaya
hampir berjaya
melupakan
memori duka
masa lalu

OUR STORY END



Dara ? Oh si gadis !

Assalamualaikum kawan ! Entry kali ni, aku nak cakap pasal dara, boleh tak ? Saja untuk dijadikan pengetahuan bagi kaum lelaki mahupun wanita. Okay, sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar.


APA ITU SELAPUT DARA??
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.
ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan se*sual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.
APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.
Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.
APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.
Malam dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.
Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan seks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.
Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.
Jadi, kepada gadis gadis di luar sana, jangan jadikan ini satu alasan untuk tidak melakukan aktiviti2 lasak okay ;]
*Lelaki dan Perempuan.