Lipice Pink Party with Lisa Surihani, host by Zoey !

 
Haluu haluu haluu! Todey aku nak kasitau kat kalian kalian ni..yang pada 11Disember2011, Ahad, aku pegi Pink Party with Lisa Surihani..dan Zoey menjadi pengacara!! wowoww!! Sila jeles sekarang :D Haha! Okay, party ni start at 3-7pm, (plus mines lah), "berlangsung" di One World Hotel Ballroom, One Utama..yang dekat dengan Sri Pentas TV3 tu...and dekat dengan One Utama lahhh. Nasib xsusah aku nak cari tempat tu. Selalu pergi orang bawak, bila sendiri bawak,,sudah..nasib nasib :) Btw, party memang Awesome Ohkayy! Sangat2 . Tambah lagi dengan kehadiran Zoey. memang enjoy lah babe. hehe. Tambahhh lagi dengan Lisa Surihani yang sememangnya sangat GORGEOUS. She was so pretty,, demmit! Jealous yaww with her natural beauty :D 

Makanan ala2 buffet lah kan. Ape kelas maen order2. Bangun amik sendiri. Haha. Waiter tolong tuang air and kutip pinggan jep. Makanan dia memang sedap! Fuhh..rasa macam nak bungkus bagi family aku rasa je. Nasib aku xbawak plastik, kalau tak, memang kosong tray tu. Hahaaaa!! Ada banyak aktiviti, hehe. Salah satu nya disuruh mencari 5barang. Hairclip, spectacles, RM5, cincin emas, and produk lipice. Group aku mmg xdelah yang pakai sepit rambut, Semuanya muslimah sejati katakan..Hahaa! So, aku mintak sepit rambut akak waiter kat situ. Nasib dia kasi. But, UNfortunately. kami takde spectacles lahh. Hehe. So, kalah satu pusingan. Pusingan yang lain, semua group kalah. haha. Padanan gambar and produk lipice. Hehee. bajet semua hebat pasal lipice kan, last2 salah jugak lah. Hehe. Untuk starting dia, persembahan tarian dari "OhMyGoddie" kot, memang mantap! Bersungguh-sungguh mereka menari. Sampai aku pun rasa macam nak menari goyang goyang pale skali. hehe.


Paling best masa Lisa nyanyi lagu Colors of the Wind. Suara Lisa pun boleh tahap. Memang sedap. Dah lah nyanyi without music, memang lagi jelas dengar suara dia. Hewhew! Btw, LIPICE, LISA SURIHANI dan ZOEY memang sporting! Thanks sebab buat party ni. next time, buat lagi okay. Supaya kita dapat berjumpa lagi :))

Sebelum balik, kami dapat goodie bag. Nak tau apa dalam dia..? Majalah Yezz, Remaja, Lipice produk, BB Cream, cermin lipice and paling aku suka T-SHIRT yang tertulis " Lipice Pink Party with Lisa Surihani"..kaler pink! Memang sangat comel lah. So, sila lah jeles lagi. Hewhewhew! Nah, jamu lah mata anda :)))


with best dress winner


*picture berterabur lah. haha. biarkannn.

TAPAK PELUPUSAN SAMPAH YANG CANTIK DAN BERSIH



Hi everyone. Okay. Kali ni aku ada masa terluang. So aku amik kesempatan ni untuk update belog ni. hehee. Aku nak cerita pasal FIELDTRIP kelas aku ke Bukit Tagar Sanitary Landfill. Korang tengok aku tulis Sanitary Landfill mesti korang dah terbayang tempat yang penuh dengan sampah sarap kan? Taktak. Tempat tu tersangatlah cantik okayy! Bak kata Pakcik kat sana..sampai kadang2 orang tengok dah nampak macam padang golf. Dia punya sistem tersangatlah sistematik..sistematik dan sistematik. Sebab apa..xde pun sampah sampah yang berterabur kat sana, compare dengan RDF Center yang aku pegi sebelum ni. Cara dia bagi  tempat tu tampak kemas, dia tanam sampah, then cover dengan apa tah, hehe, aku pun lupa (teruk kan), then cantikkan tempat yang diorang tanam sampah tu. If ada sampah, dia letak atas tempat tadi, then cover lagi. Nampak macam berbukit lah. Tapi memang kemas. Kalau korang tengok secara life, mesti korang tak expect tempat tu macam tu. Then, bohonglah kalau aku kata tempat tu tak busuk. Haha. Kadang2 busuk, kadang2 tak. Depends kat hidung korang lah ye. hehe. 







Lagi satu kan, untuk pengetahuan korang, aircond yang diorang guna kat situ, punca dia dari sampah2 yang korang buang tu. Then, dari sampah sampah tu, mereka dapat menghasilkan tenaga elektrik. Even sometimes, diorang jual kepada TNB dengan harga yang murah. Haa, gempak tak ? Lagi kannnn..lagi kann..dari sampah2 yang telah dibuang oleh korang, diorang boleh buat duit. Yes, IT CAN MAKES MONEY. nak tau? haa..sila google sendiri eh. hehe. Nak tau lagi? hehe. okok. Untuk pengetahuan korang, MALAYSIA merupakan sumber penyumbang sampah yang terbanyak di dunia katanya. Eeee..malu lah.. Haa. korang pikir lah sendiri. Setiap seorang dianggarkan menghasilkan 1.1kg sampah per day. Banyak kan? Ekceli, korang boleh kurangkan sampah tu. Caranya, kurangkan penggunaan plastik dan bahan2 lain. Boleh je recycle plastik, bag, kertas and "what so ever"..kan? So, dengan cara ni, Malaysia takdelah jadi penyumbang sampah yang paling banyak lagi kat dunia. Hehe. Nanti, makin ramailah pelancong yang nak datang kat Malaysia :))

KATA KATA EMAS : WASTE IS WEALTH


SAPA NAK IPOD NANO ??

Heyy! Sapa nak sapa nak ? Angkat tangan ! Okay, aku pon nak. Hehe. Kalau korang nak, korang kena baca dulu situasi ni dan baca arahan yang ditulis :)) Senang je kan. 




Anda terperangkap dalam LRT yang penuh sesak ketika dalam perjalanan ke pejabat untuk memulakan hari kerja yang sibuk. Tiba tiba, datang seorang lelaki datang kepada anda dan bersin sehingga semua orang dapat dengar dan pandang .

Apa yang terlintas di fikiran anda pada ketika itu?

'EW EW EW! Saya harap orang tidak fikir saya orang yang sakit itu! '
' Haihh, saya berharap ia tidak merebak ke saya!'
'Semoga saya tidak sakit, tidak ketika mesyuarat akan diadakan !'

Anda tak mungkin dapat berkongsi apa yang ada di fikiran anda ketika itu dengan semua orang dalam LRT, tetapi anda boleh berkongsi di halaman FB Blackmores Malaysia! Sertai ' Shoo Away The Achoo' contest. Hanya berkongsi pengalaman anda bersama , dan anda boleh MENANG beberapa hadiah-hadiah hebat iaitu iPod Nano dan baucer bernilai RM200 !! Ada dua pemenang setiap minggu :))

Klik SINI untuk lebih lanjut 

SHAH RUKH KHAN

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Hehe. Shah Rukh Khan, sapa tak kenal beliau ? Beliau ke dia nak panggil eh? Agak2 aku panggil dia, ada orang saman tak nanti? Hehe. Kang kalau panggil beliau, macam skema. Err,, panggil SRK je lah ehh :D 


Ok, SRK ni antara salah seorang pelakon Bollywood yang SANGAT SANGAT glamour! Comel, handsome, urggghh,..cairlah aku. Tang senyuman tuh, suweett sangat kan. Hehee. SRK ni dah agak lama bergiat dalam dunia seni ni. Aku rasa, since aku kecik jugaklah aku dah start tengok filem filem lakonannya. Perghh. Bravobravo! Meletoppss weyy..Tak caye? Ce tengok ce tengok. Hehe. Menari pon hebat jugak SRK ni. Kalau tengok gandingan dengan pelakon wanita, semuanya serasi. Dari pelakon yang tua, sampailah yang muda. Selalu yang aku tengok, SRK banyak digandingkan dengan pelakon wanita yang hot. Contoh macam Kajol, Rani Mukherjee, Aishwarya Rai, Karisma Kapoor, Kareena Kapoor, Juhi Chawla, Preity Zinta, and banyak lagi lah yang tak disebut kat sini. Hehe. Semuanya mantap. Kan? 





Antara filem lakonan SRK yang aku ada tengok KuchKuchHotaHai, KKKG, Mohabbatein, Duplicate, Devdas, Don, DilToPagalHai, PhirbiDilHaiHindustani, MyNameIsKhan, KalHoNaHoo, MainHoonNa, YesBoss, dan banyak lagi lah..yang xmungkin aku dapat nyatakan di sini. Hehe. Dan yang paling latest aku tengok filem terbaru, Ra One! Lakonan mantap bersama Arjun Rampal dan Kareena Kapoor. Tak silap aku, movie ni baru jugak release, time Deepavali hari uh. Hehe. So, kalau korang nak tengok, dapatkan di kedai berhampiran anda :D Kalau korang nak tau, lagu Chammak Challo dalam movie Ra One ni, Akon( Lonely ) nyanyi okeh :))




Last one, agak agak kalau kita panggil SRK berlakon dalam filem Melayu, nak tak ehh? Mesti meletop kan? Huhuuu! 



ANAK PENJUAL KUIH

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang  ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.



Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekerja.

got this from Shehdi Ragiun :))