PHOTOGENIC !

 Nur Qaseh Hafizah. Sapa2 nak amik dia sebagai model ke, pelakon ke, meh contact aku. HAHAHA!

IBLIS NAK BERTAUBAT ??

Assalamualaikum..

Suatu ketika dulu pada zaman Nabi Musa a.s., datang lintasan di hati Iblis laknatullah untuk bertaubat kepada Allah. Iblis mahu kembali menyembah Allah dan tidak mahu lagi jadi penderhaka yang dilaknat oleh Allah sampai bila bila. Mungkin Iblis memikirkan masih ada peluang untuk dia selamat dari balasan Allah di akhirat iaitu masuk neraka. Iblis takut masuk neraka kerana dia tahu seksa yang ada di sana.

Mungkin Iblis fikir, dia dilaknat oleh Allah dulu sebab tidak mahu sujud atau hormat kepada Nabi Adam a.s. Jadi sekarang, bila Nabi Adam a.s. sudah tidak ada, tidak ada sebab lagi Allah hendak perintahkan dia sujud kepada Adam. Dengan itu, mungkin fikir Iblis, Allah boleh ampunkan dia.

Iblis laknatullah pun bertemu dengan Nabi Musa a.s. "Dia Nabi dan kekasih Allah. Dia juga Kalamullah, orang yang dikurniakan kelebihan oleh Allah boleh berkata-kata dengan-Nya. Tentu dia boleh sampaikan hasrat aku kepada Allah," mungkin demikian fikir Iblis. Setelah berjumpa dengan Nabi Musa a.s., Iblis pun luahkan hasrat hatinya untuk bertaubat kepada Allah.

Nabi Musa a.s. telah sampaikan kepada Allah permintaan Iblis untuk mendapat keampunan itu. Allah beritahu Nabi Musa a.s. supaya menyampaikan kepada Iblis satu syarat. Jika Iblis akur dengan syarat itu, Allah akan ampunkan dia. Nabi Musa a.s. pun beritahu Iblis laknatullah syarat dari Allah itu. Mendengar syarat itu,  Iblis tersentak dan kesombongannya kembali bermaharajalela dalam dirinya. 

Syarat itu adalah : Iblis mesti pergi ke kubur Nabi Adam a.s. dan sujud kepada Adam di kuburnya itu. Itulah satu2nya cara untuk Allah ampunkan dia. Dia telah dimurkai dan dilaknat oleh Allah kerana kesombongannya tidak mahu sujud kepada Adam ketika Adam mula dijadikan oleh Allah. Maka sekarang Iblis mesti sujud kepada Adam di kuburnya, barulah dia akan diampunkan oleh Allah dan kesalahannya tertebus.

"Aku enggan sujud kepadanya sewaktu hayatnya, apakah aku akan sujud kepadanya ketiak dia sudah mati!" begitulah bentak Iblis di hadapan Nabi Musa a.s. Lalu Iblis laknatullah pun berteriak dan kemudiannya beredar. Dia berazam untuk terus sesatkan anak cucu Adam hingga ke hari kiamat.

Begitulah sombongnya Iblis. Kerana kesombongannya itulah dia terus dimurkai dan dilaknat oleh Allah.

BANYAKNYA SYAITAN - sebab Allah tak bagi manusia tengok jin

Assalamualaikum semua. Harini aku nak sambung sedikit lagi info yang ada dalam buku SMK. Ingat lagi tak entry aku yang lepas? Kalau tak tau, sila rujuk entry before ni dulu :). Okay, kalau korang nak tau, bilangan manusia jika dikira dari umat zaman Nabi Adam a.s. hingga ke umat Nabi Muhammad s.a.w., di campur bilangan pasir, dicampur bilangan batu, dicampur lagi dengan tumbuh tumbuhan di seluruh muka bumi ini, baru satu peratus dari jumlah keseluruhan kaum jin. Dibandingkan dengan malaikat pula, jumlah keseluruhan kaum jin baru satu peratus dari jumlah keseluruhan malaikat! Jadi, bila dikira betapa banyaknya kaum jin tu ibarat bila Allah jatuhkan satu jarum dari langit ke bumi, jarum tu takkan sampai ke tanah dan akan jatuh di atas bahu-bahu jin ( kalau pun tidak di bahu malaikat ). Sebab itulah Allah tak bagi umat manusia ni tengok jin sebab jumlahnya terlalu ramai. Kita akan sentiasa terserempak dengan jin. Silap silap jalan, kaki pun tersepak jin. Agaknya tidur pun sebelah jin.


#walaupun di dunia kita tak dapat tengok jin, tapi di akhirat, jin pulak tak dapat tengok kita dan kita pulak boleh tengok kaum jin ni.

SYAITAN MUSUH KITA - ANAK ANAK IBLIS

Assalamualaikum semua! Hehe. Lama gila aku tak update blog. Bizi lah ngan final. Then balik rumah, rehat2 dulu. Bersihkan minda. Hehe. Okay. Korang tau kan yang student U, Politeknik, and segala jenis student ada yang dapat voucer buku RM200 tu kan? Aku pun tergolong dalam manusia yang dapat voucer tu ohkay! hehe. Ada one day tu, aku bawak parents aku gi kedai buku Popular dekat IOI Mall Puchong. Saja aku suruh dorang beli buku yang dorang nak. Ibu aku biasalah, beli buku masak2. Ayah aku beli buku Elektrik ape ke mende tah. AKu pulak beli komik Andai Dia di Cafe Ini, buku Syaitan Musuh Kita- Tak Kenal Maka Tak Benci, dah buku Yaasin yang kecil. Mudah dibawa ke mana2. :) Okay, apa yang aku nak bagitau , buku Syaitan Musuh Kita (SMK) tu best sangat! Harga dia only RM21.90. Berbaloi sangatlah dengan harga tu korang boleh dapat segala macam info tentang syaitan durjana tu. Ni aku bagi sikit isi yang ada dalam buku tu...


" ...Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada jin-jin kafir atau syaitan-syaitan yg berkhidmat dengan kerajaannya. Dia ada barisan menteri yang setiap satu menteri ada kerajaan sendiri yang bernaung di bawah Empayar Iblis Raya. 5 menteri kanan Iblis laknatullah itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri.

1.TSABAR
   - Malaun ini dan seluruh penghuni kerajaannya selalu pergi kepada orang yg sdg susah, bermasalah, atau ditimpa musibah. Mangsa banjir, mangsa tsunami, mangsa kebakaran atau siapa2 yg kematian orang tersayang. Cara si malaun ini cuba sesatkan manusia ialah dengan menimbulkan sangka buruk pada Allah. Hingga orang2 ini jadi keluh kesah dan salahkan Allah atas takdir-Nya.
2. DASIM
   - Kononnya dia anak emas Iblis di wilayah kerajaannya. Si Dasim laknatullah ini berperanan mencerai beraikan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan rasa dengki setiap kali ada manusia melafazkan ijab kabul. Kemuncak kejayaan syaitan Dasim laknatullah ini adalah bila suami isteri bercerai.

3. MASWATH
   - Anak Iblis yang ni misinya untuk mencipta dan menyebarkan pembohongan. Maswath laknatullah atau pegawai2 kerajaannya sentiasa membisikkan pembohongan, khabar angin, fitnah, atau berita palsu hingga tersebar luas di kalangan manusia. Tujuannya untuk memporak peranda, menimbulkan permusuhan dan sangka buruk sesama manusia.


4. AL-A'WAR
   - Si terkutuk ini dan konco-konconya ditugaskan khusus untuk membudayakan perbuatan zina. Mereka memudahkan laluan2 terjadinya keruntuhan moral dan zina. Bila zina berleluasa dan lahir anak2 luar nikah, maka rosak dan tidak keruanlah keturunan bani Adam. Gembiralah Iblis laknatullah.

5. ZALNABUR
   - Syaitan ini pula berkeliaran menghasut manusia hingga terjadi pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh. Tumpuan utama operasinya adalah di pasar2 atau tempat beli belah yang ramai manusia berkumpul.



So, inilah dia serba sedikit apa yang terkandung dalam buku Syaitan Musuh Kita. Cepat2 dapatkan di kedai buku. InsyaAllah, kalau rajin nanti, aku update lagi pasal buku ni ok :D