PERSAHABATAN KEPADA PERMUSUHAN ??

Ke"pening"an dalam men"telaah" subjek account menarik aku untuk update blog jap. Huhu. Ha, betul ke ? Persahabatan membawa kepada permusuhan ? Yang tu aku kurang pasti . Sebab setakat ni kawan kawan yang aku kawan, haa..memang takde yang jadi musuh. Ke ada antara korang yang baca ni anggap aku musuh ? Depan aku punya senyum manis molek, dalam hati..mengutuk membenci bagai nak rak. Phuii~ Takdelah kot, kan? :D Kawan2 aku alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka...Tehee. Tak caye ? Aku perlukan kepercayaan korang untuk mempercayai cerita aku ni. Haha. 

teman sejati sentiasa di hati, terpahat di memori, kekal abadi :)

Tapi aku percaya, ada di kalangan manusia2 kat dunia ni, yang pada mulanya berkawan baik, rapat, sehati sejiwa kononnya lah. Tapi tah apa punca yang aku pon tak tau, tup tup, diorang dah tak kawan. Musuh lah tu maknanya. Tak taulah gaduh sebab jeles dan iri hati dengan kelebihan yang tidak ada pada dirinya, atau permusuhan yang disebabkan oleh seorang lelaki atau wanita. Ada je kan orang yang bergaduh semata-mata berebut seorang jejaka atau gadis. Tak payahlah kita nak bergaduh pasal benda tu, kita gaduh pon apa yang kita dapat ? Kita dapat ke orang yang kita kejar dan rebutkan tu ? Lebih baik kita lepaskan je orang yang kita belum tentu dapat, daripada lepaskan seorang kawan/rakan/teman/sahabat yang sememangnya sudah menjadi milik kita. I mean kawan lah :)) Bak kata pepatah, KAWAN BIAR BERIBU, MUSUH JANGAN ADA SATU PUN. (aku tak pasti pepatah ni pepatah Melayu Asli atau rekaan sendiri. hehe.) atau pun KAWAN SUKA MEMANG RAMAI, KAWAN BERDUKA SUKAR DICARI . ( betul tak? ke tak betul ? maaf ye hee ) . Ok. Itulah motif atau tujuan aku menulis entry ni.

*study account. pening pening. Ya Allah, please help me for this coming test :)

ni lah coursemate aku. kebanyakan yang lain dah larikan diri. segan agaknye nak berhadapan denagn lensa kamera digital si pakcik photographer :P

No comments: