Lagu Sewaktu Dulu dulu by Elyana





Apa yang telah kau tiupkan ke semangatku
Nak ku melenting namun aku tertunduk diam
Berjuta ayat aku lemparkan
Tak sepatah bibirku dapat luruskan

Ku tahu kau tahu ku dalam genggamanmu
Tak perlu kepintaran tinggi untuk mengerti
Tapi encik, kau sudah melampau
Memperduakan ku dengan dia..

Chorus:

Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu..

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, mahu ku ingatkan
Jangan tersalah buat pilihan

Chorus:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu

Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, sekarang mahu ku ingatkan
Jangan sampai engkau tersalah buat pilihan

Chorus 2:
Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh..
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu,
Tak mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu..

Ooohh.. jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka..
Ooohh.. Jangan tak menyangka..
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila..



No comments: