AWAS, PERAGUT ! JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA!

Awas ye kepada muda mudi warisan bangsa, bakal pemimpin Negara Malaysia. 

Apa yang perlu anda lakukan kalau anda diragut atau sedang diragut, atau sedang meragut :

1. Kalau peragut sengal tu tarik beg korang, lepaskan je beg korang tu. Lebih better hilang barang dari hilang nyawa. ( Alhamdulillah, selamat nyawa korang )


2. Kalau berani, jerit mintak tolong. Kot2 ada pegawai polis sedang meronda, atau ada orang yang berperibadi mulia, dapat lah diorang tolong kan.

3. Kalau diorang bawak senjata, pisau ke, pistol, senapang, parang, sabit, senapang gajah, atau apa2 jenis senjata, korang JANGAN sesekali melawan. Bagi je apa yang dia nak. 

Langkah langkah keselamatan apabila keluar rumah atau keluar ke mana mana sahaja kau nak keluar :

1. Jangan bawak duit banyak2 dalam dompet. Letak RM100 pon dah cukup kot. Yang laen simpan dalam bank. Kalau in case nak guna, time kat shopping complex baru withdraw :)

2. Kalau boleh duit pon jangan letak dalam purse. Letak dalam poket ke, celah bra ke, seluar dalam ke, HAHA, mana mana lah asalkan ada pada badan kita. ( ni pesanan yang ibu aku selalu pesan, tapi aku tak buat. Leceh nt nak beli barang, takkan nak keluarkan duit dari bra atau seluar dalam waktu nak bayar ? Hahahah! )

3. Handphone jangan sesekali letak dalam beg! Macam aku, aku pon letak dalam beg. Degil tak dengar cakap ibu. ( Sorry Ibu )

4. Pakai baju, seluar atau baju kurung, atau jubah, atau segala baju pakaian yang korang nak pakai, yang ada poket! Kalau boleh mesti berpoket. Tujuan : letak duit and handphone.

5. Ni lagi satu. IC/ Kad pengenalan kita. Sama macam duit and handphone, letak dalam poket. Bahaya kalau orang curi, dia boleh buat benda bukan2. Mana taknya, segala identiti kita ada dalam cip tu.

6. Kalau kad bank nak letak dalam purse, beg ke ape ke. Lantak korang lah. Aku pon tak kisah. Sebabnye, kalau kena curi, kita boleh terus call pihak bank dan matikan kad kita tu. TAPI TAPI TAPI! Jangan sesekali taruk number pin dalam purse! Jangan tulis number pin belakang kad bank or whatever ok bby :)

7. Yang ni paling best! Korang letak lah batu berat, batu kecik ke dalam beg tu. Banyak banyak pon takpe kalau batu kecik. Kalau diorang curi, diorang rasa macam berat je. Sekali bila tgk, batu. Padan muka depa!! Padan Padan! Celaka punya peragut!

abaikan klik di sini, takde ape pon hehe


PESANAN kepada PERAGUT : 

1. Kau tak kerja ke ? Ke kau memang kerja sebagai peragut? Apa nama syarikat kau ?

2. Kau tak kesian ke kat orang yang kau ragut tu?

3. Cuba kalau mak bapak kau, adik badik kau kena ragut, kau marah tak ? Ke kau seronok sebab ada orang yang buat kerja amal sama macam kau ?

4. Kau rasa seronok ke dapat makan dengan duit yang kau ragut tu? Kau memang rasa sedap sebab dapat duit dengan cara mudah, tapi kat akhirat nanti kau susah.

5. Kau jangan seronok sangat lepas ragut orang. Seronok dapat lepaskan diri, dapat kat akhirat nanti macam mana? Kau nak lari dari siapa ?

6. Lagi kau pikirlah sendiri.

Peragut semakin bijak. Meragut orang yang ada dalam kereta. So, sila kunci pintu kereta jika korang dalam kereta. Sebagai langkah berjaga2. 

Alhamdulillah. Semuanya selamat. Abaikan tentang harta benda yang hilang tu. Keselamatan awak lagi penting buat saya :D

2 comments:

NOVA said...

uihh.. bahaya nyer l si peragut tu kan.... yups2.. saya dngr pesanan dari anda.. thanks 4 share info ini.. :)

Fafa Jamil said...

Tu lah. nak taknak kita kena pilih nyawa dari harta benda :))