TAPAK PELUPUSAN SAMPAH YANG CANTIK DAN BERSIH



Hi everyone. Okay. Kali ni aku ada masa terluang. So aku amik kesempatan ni untuk update belog ni. hehee. Aku nak cerita pasal FIELDTRIP kelas aku ke Bukit Tagar Sanitary Landfill. Korang tengok aku tulis Sanitary Landfill mesti korang dah terbayang tempat yang penuh dengan sampah sarap kan? Taktak. Tempat tu tersangatlah cantik okayy! Bak kata Pakcik kat sana..sampai kadang2 orang tengok dah nampak macam padang golf. Dia punya sistem tersangatlah sistematik..sistematik dan sistematik. Sebab apa..xde pun sampah sampah yang berterabur kat sana, compare dengan RDF Center yang aku pegi sebelum ni. Cara dia bagi  tempat tu tampak kemas, dia tanam sampah, then cover dengan apa tah, hehe, aku pun lupa (teruk kan), then cantikkan tempat yang diorang tanam sampah tu. If ada sampah, dia letak atas tempat tadi, then cover lagi. Nampak macam berbukit lah. Tapi memang kemas. Kalau korang tengok secara life, mesti korang tak expect tempat tu macam tu. Then, bohonglah kalau aku kata tempat tu tak busuk. Haha. Kadang2 busuk, kadang2 tak. Depends kat hidung korang lah ye. hehe. 







Lagi satu kan, untuk pengetahuan korang, aircond yang diorang guna kat situ, punca dia dari sampah2 yang korang buang tu. Then, dari sampah sampah tu, mereka dapat menghasilkan tenaga elektrik. Even sometimes, diorang jual kepada TNB dengan harga yang murah. Haa, gempak tak ? Lagi kannnn..lagi kann..dari sampah2 yang telah dibuang oleh korang, diorang boleh buat duit. Yes, IT CAN MAKES MONEY. nak tau? haa..sila google sendiri eh. hehe. Nak tau lagi? hehe. okok. Untuk pengetahuan korang, MALAYSIA merupakan sumber penyumbang sampah yang terbanyak di dunia katanya. Eeee..malu lah.. Haa. korang pikir lah sendiri. Setiap seorang dianggarkan menghasilkan 1.1kg sampah per day. Banyak kan? Ekceli, korang boleh kurangkan sampah tu. Caranya, kurangkan penggunaan plastik dan bahan2 lain. Boleh je recycle plastik, bag, kertas and "what so ever"..kan? So, dengan cara ni, Malaysia takdelah jadi penyumbang sampah yang paling banyak lagi kat dunia. Hehe. Nanti, makin ramailah pelancong yang nak datang kat Malaysia :))

KATA KATA EMAS : WASTE IS WEALTH


2 comments:

aleen aiden said...

woahhh,bersihnye...xnampak sampah pon?seriyes!hu3 :P

Fairuz Fazilah said...

allen : tempat tu memang nampak kemas dan cantik <3