INI BUKAN BUANG MASA !

Seperti yang aku pernah bagitau dulu ( xtau betul ke tak aku penah bagitau ), aku memang suka bab bab pornographi photography. Sebagai contoh, ada jugaklah entry yang aku tunjuk gambar2 yang aku ambik, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Hehe. Kali ni, aku ada amik lagi picture2 yang aku suka amik. Kamera aku kan, so suka hati aku lah kan nak amik gambar apa, macam mana, dan di mana sekalipun! hehe. Ahad haritu, after test aku terus balik rumah. Tiba2 saja nak main make up make up adik. dan anak buah ( sebab dia pon sibuk nak. pantang nampak orang bermakeup ). So, after aku makeover Fatin( adik ) and Qaseh (anak buah), aku pon snap snap lah beberapa picture mereka. Tapi ni antara yang terpilih. Banyak sangat, Aku pon xtau nak pilih yang mana :))

sila click untuk tumbesaran segera :P






Yang kat bawah ni masa diorang tengah sibuk nak main kat padang :))

garu bontot ye budak comeii :)) 

ee..muka budak ni. gerammmm lahh!!! 


Ok. budak kecik yang ni nama dia Mohd Eidyl Aiman. Masa dia kecik2 dulu, time baby, ada lah jugak aku jaga dia. budak ni susah betul nak tido dulu. Bersengkang mata lah jugak sampai 2-3 pagi tunggu dia tido. Duhh. Nasib baik comel sangat sangat! hehehe!!! Ok. Sila perhatikan segala gelagat budak kecik ni dalam gambar. Kelakar siod. Huhu. dan juga gambar manusia2 lain yang ada. Heheeee !


kotak pertama, sebelah dia, bawah kotak pertama, sebelah dia.
Budak ni pon nak berposing gak. muka dia xleh tahan uh haha.
(click untuk tumbesaran)

sambil makan pon nak main. biasalah budak budak. 

pistol tu memang melekat kat tangan dia je lah. haha
haip! jangan bergerak! :P

saya baru lepas jatuh. kesian saya .... :(

tah apa yang mereka cari. haha. lepas cari, sila balik ye budak budak :)

Seronok lah bila aku amik gambar budak budak ni. Comel je rasa. And seronok tengok diorang ketawa time maen. Berlari kehulu kehilir. Jatuh bangun jatuh bangun. Lumrah kan. Macam hidup lah. Bila kita jatuh, kita kena bangun semula. Berusaha balik. Tapi, jangan lah bangga dan seronok sangat bila kita tak pernah jatuh. Setiap manusia ada hari mereka masing masing :)) 


AWAS, PERAGUT ! JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA!

Awas ye kepada muda mudi warisan bangsa, bakal pemimpin Negara Malaysia. 

Apa yang perlu anda lakukan kalau anda diragut atau sedang diragut, atau sedang meragut :

1. Kalau peragut sengal tu tarik beg korang, lepaskan je beg korang tu. Lebih better hilang barang dari hilang nyawa. ( Alhamdulillah, selamat nyawa korang )


2. Kalau berani, jerit mintak tolong. Kot2 ada pegawai polis sedang meronda, atau ada orang yang berperibadi mulia, dapat lah diorang tolong kan.

3. Kalau diorang bawak senjata, pisau ke, pistol, senapang, parang, sabit, senapang gajah, atau apa2 jenis senjata, korang JANGAN sesekali melawan. Bagi je apa yang dia nak. 

Langkah langkah keselamatan apabila keluar rumah atau keluar ke mana mana sahaja kau nak keluar :

1. Jangan bawak duit banyak2 dalam dompet. Letak RM100 pon dah cukup kot. Yang laen simpan dalam bank. Kalau in case nak guna, time kat shopping complex baru withdraw :)

2. Kalau boleh duit pon jangan letak dalam purse. Letak dalam poket ke, celah bra ke, seluar dalam ke, HAHA, mana mana lah asalkan ada pada badan kita. ( ni pesanan yang ibu aku selalu pesan, tapi aku tak buat. Leceh nt nak beli barang, takkan nak keluarkan duit dari bra atau seluar dalam waktu nak bayar ? Hahahah! )

3. Handphone jangan sesekali letak dalam beg! Macam aku, aku pon letak dalam beg. Degil tak dengar cakap ibu. ( Sorry Ibu )

4. Pakai baju, seluar atau baju kurung, atau jubah, atau segala baju pakaian yang korang nak pakai, yang ada poket! Kalau boleh mesti berpoket. Tujuan : letak duit and handphone.

5. Ni lagi satu. IC/ Kad pengenalan kita. Sama macam duit and handphone, letak dalam poket. Bahaya kalau orang curi, dia boleh buat benda bukan2. Mana taknya, segala identiti kita ada dalam cip tu.

6. Kalau kad bank nak letak dalam purse, beg ke ape ke. Lantak korang lah. Aku pon tak kisah. Sebabnye, kalau kena curi, kita boleh terus call pihak bank dan matikan kad kita tu. TAPI TAPI TAPI! Jangan sesekali taruk number pin dalam purse! Jangan tulis number pin belakang kad bank or whatever ok bby :)

7. Yang ni paling best! Korang letak lah batu berat, batu kecik ke dalam beg tu. Banyak banyak pon takpe kalau batu kecik. Kalau diorang curi, diorang rasa macam berat je. Sekali bila tgk, batu. Padan muka depa!! Padan Padan! Celaka punya peragut!

abaikan klik di sini, takde ape pon hehe


PESANAN kepada PERAGUT : 

1. Kau tak kerja ke ? Ke kau memang kerja sebagai peragut? Apa nama syarikat kau ?

2. Kau tak kesian ke kat orang yang kau ragut tu?

3. Cuba kalau mak bapak kau, adik badik kau kena ragut, kau marah tak ? Ke kau seronok sebab ada orang yang buat kerja amal sama macam kau ?

4. Kau rasa seronok ke dapat makan dengan duit yang kau ragut tu? Kau memang rasa sedap sebab dapat duit dengan cara mudah, tapi kat akhirat nanti kau susah.

5. Kau jangan seronok sangat lepas ragut orang. Seronok dapat lepaskan diri, dapat kat akhirat nanti macam mana? Kau nak lari dari siapa ?

6. Lagi kau pikirlah sendiri.

Peragut semakin bijak. Meragut orang yang ada dalam kereta. So, sila kunci pintu kereta jika korang dalam kereta. Sebagai langkah berjaga2. 

Alhamdulillah. Semuanya selamat. Abaikan tentang harta benda yang hilang tu. Keselamatan awak lagi penting buat saya :D

PERSAHABATAN KEPADA PERMUSUHAN ??

Ke"pening"an dalam men"telaah" subjek account menarik aku untuk update blog jap. Huhu. Ha, betul ke ? Persahabatan membawa kepada permusuhan ? Yang tu aku kurang pasti . Sebab setakat ni kawan kawan yang aku kawan, haa..memang takde yang jadi musuh. Ke ada antara korang yang baca ni anggap aku musuh ? Depan aku punya senyum manis molek, dalam hati..mengutuk membenci bagai nak rak. Phuii~ Takdelah kot, kan? :D Kawan2 aku alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka...Tehee. Tak caye ? Aku perlukan kepercayaan korang untuk mempercayai cerita aku ni. Haha. 

teman sejati sentiasa di hati, terpahat di memori, kekal abadi :)

Tapi aku percaya, ada di kalangan manusia2 kat dunia ni, yang pada mulanya berkawan baik, rapat, sehati sejiwa kononnya lah. Tapi tah apa punca yang aku pon tak tau, tup tup, diorang dah tak kawan. Musuh lah tu maknanya. Tak taulah gaduh sebab jeles dan iri hati dengan kelebihan yang tidak ada pada dirinya, atau permusuhan yang disebabkan oleh seorang lelaki atau wanita. Ada je kan orang yang bergaduh semata-mata berebut seorang jejaka atau gadis. Tak payahlah kita nak bergaduh pasal benda tu, kita gaduh pon apa yang kita dapat ? Kita dapat ke orang yang kita kejar dan rebutkan tu ? Lebih baik kita lepaskan je orang yang kita belum tentu dapat, daripada lepaskan seorang kawan/rakan/teman/sahabat yang sememangnya sudah menjadi milik kita. I mean kawan lah :)) Bak kata pepatah, KAWAN BIAR BERIBU, MUSUH JANGAN ADA SATU PUN. (aku tak pasti pepatah ni pepatah Melayu Asli atau rekaan sendiri. hehe.) atau pun KAWAN SUKA MEMANG RAMAI, KAWAN BERDUKA SUKAR DICARI . ( betul tak? ke tak betul ? maaf ye hee ) . Ok. Itulah motif atau tujuan aku menulis entry ni.

*study account. pening pening. Ya Allah, please help me for this coming test :)

ni lah coursemate aku. kebanyakan yang lain dah larikan diri. segan agaknye nak berhadapan denagn lensa kamera digital si pakcik photographer :P

JANGAN TU JANGANLAH! DENGAR TU.


Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan-jangan sumbing bibir kita.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.

Jangan tidur selepas subuh.
Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman)

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan-jangan kita ternampak 'sesuatu'.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dansesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan-jangan tidak sedar diri bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan-jangan sakit jiwa.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan-jangan fatamorgana sahaja.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan-jangan tiada nikmat rezeki untuk kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik.
Jangan-jangan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan-jangan doa yang tak elok mereka pada kita termakbul pula.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan-jangan kita buta mata hati, tak nampak hakikat yang nyata.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya

Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap.. Kepada Yang Nak Share.. Nak Tag.. Silakan.. Tak Perlu Minta Izin.. Kami Benarkan.. Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya..

'CANDID TIME CONTEST'

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Hadiah nye yang menarik menarik minat aku untuk join contest ni. :) So, WISH ME LUCK. 

Gambar yang aku pertaruhkan :



Aku nak tag :

Miichiimomo
Missz Laila 
:)

ALHAMDULILLAH. SELESAI :)

BILA SI DIA COMEL

nampaknya ada sedikit kesan yang tidak elok di bahagian pipi ku. kesan masalah kulit yang berlaku :P

with Ariana Arisa :)

OHMAII...THE FACE !

Salam, dan hello sebagai pembuka bicara pada entry kali ni. Kali ni, penulis nak menceritakan tentang keadaan penulis yang tak berapa nak baik. *Hahaha! Lawak lah aku pakai penulis. Skema.. Yeuww! * Ok sambung. Aku rasa macam tak bape nak sihat. Badan cam panas. Then tumbuh ruam2 plak. Kalau kat badan je takpe, ni muka-muka skali. Masalah jerawat tak settle lagi, tambah ruam pulak. Dah macam bengkak dah muka ni. Sabtu ni aku nak jumpa Lisa Surihani. Kalau kena muka lagi teruk, malu lah nak pergi party tu. Segannnn!!  So how ye? Dah try Aiken sebagai penghapus jerawat, but it didn't work out. * betul x BI aku?* Makin bertambah teruk adelah. Huwaaaa... Any suggestion lain tak? Muka dah macam bengkak2 ni.. Takkan nak macam ni je. Takkan nak biarkan perkara ni berterusan? Sampai bila? OHMAIII! any suggestion from the beautiful ladies out there ?

pelis. ..