Darah !!!! Seram lah !!


Assalamualaikum buat warga blog Fairuz Fazilah. Hehe blog aku la ni. Ni sebenarnya, topik aku harini bukan lah macam cite hantu or mistik. Ia hanya sekadar bicara mengenai Menderma Darah. *sekali sekala aku nak buat ayat sopan* Aku tau ramai antara manusisa manusia2 kat bumi ni yang takut untuk menderma darah, TERMASUKLAH AKUUU. ehh..aku tak malu, sebab tu aku ngaku. Bukan aku kedekut, but aku takut lah. Kena injection pon aku tak berani sangat, ni pulak nak derma darah satu bungkus tu. pheuww! Kalau kalian nak tau, derma darah hukumnya harus. Then, derma darah ni sebenarnya banyak kelebihan dan kebaikannya. Salah satu daripadanya ialah ia dapat menyihatkan tubuh badan kita. Sihat macam mana ehh? Sebab ada yang kata derma darah ni boleh jadi gemok. Tu salah satu punca aku taknak derma darah. Kang jadi gemok. Aku takmau! haha. Okok. sihat yang macam mana tadi kan? Sihat lah. After kita derma darah tu, kita akan dapat darah baru. Macam mana? Haa,,darah kita kan dah kurang after menderma, so automatically kita akan diganti dengan darah baru dalam badan kita. Caranya, korang boleh google lah okay. Di samping tu, kita juga dapat menolong antara sesama manusia. Sebab kan darah kita tu akan diberi kepada orang yang memerlukan. Kira macam selamatkan nyawa lah. Mesti happy kan kalau kita dapat selamatkan nyawa orang dengan darah kita. Tak kisahlah Melayu, Cina, India or whatever bangsa sekalipun, as long as darah kita serasi dengan darah dia. Mana tahu, one day nanti kita juga memerlukan bantuan darah :)


Ni antara kelebihan yang kita dapat :


i. Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.

ii.Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

iii. Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh. Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan berkurangan, yang mana akan merangsang sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi menggantikan darah yang telah hilang.

iv. Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.

v. Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga. Ini adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok yang kerap atau berulang-kali menderma darah.

Bukan tu je tau, derma darah ni pon boleh dapat pahala. Mana tau ? Haa,,aku refer sini :

Dalil mengenai ganjaran atau balasan daripada menderma darah ini diambil secara umum daripada sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: “Seorang muslim itu adalah saudara seorang
muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti
saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong)
hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong)
hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan
seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu
kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan
barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari
Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.”
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Menderma darah kepada orang Islam termasuk dalam maksud melepaskan kesusahan orang Islam yang berhajat kepada penambahan darah. Oleh itu orang yang menderma darah itu mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan berbagai jaminan, antaranya seperti yang disebutkan dalam hadith di atas, ditunaikan hajatnya, dilegakan kesedihannya, ditutup keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama ada semasa di dunia atau di akhirat kelak.

Jadi, marilah kita bersama-sama menderma darah supaya kita dapat membantu golongan yang memerlukan. Kita pon akan dapat ganjaran derma darah. So, renung-renungkan dans elamat beramal.
(Nasihat ini juga ditujukan kepada aku yang tak pernah derma darah)



No comments: