BANYAKNYA SYAITAN - sebab Allah tak bagi manusia tengok jin

Assalamualaikum semua. Harini aku nak sambung sedikit lagi info yang ada dalam buku SMK. Ingat lagi tak entry aku yang lepas? Kalau tak tau, sila rujuk entry before ni dulu :). Okay, kalau korang nak tau, bilangan manusia jika dikira dari umat zaman Nabi Adam a.s. hingga ke umat Nabi Muhammad s.a.w., di campur bilangan pasir, dicampur bilangan batu, dicampur lagi dengan tumbuh tumbuhan di seluruh muka bumi ini, baru satu peratus dari jumlah keseluruhan kaum jin. Dibandingkan dengan malaikat pula, jumlah keseluruhan kaum jin baru satu peratus dari jumlah keseluruhan malaikat! Jadi, bila dikira betapa banyaknya kaum jin tu ibarat bila Allah jatuhkan satu jarum dari langit ke bumi, jarum tu takkan sampai ke tanah dan akan jatuh di atas bahu-bahu jin ( kalau pun tidak di bahu malaikat ). Sebab itulah Allah tak bagi umat manusia ni tengok jin sebab jumlahnya terlalu ramai. Kita akan sentiasa terserempak dengan jin. Silap silap jalan, kaki pun tersepak jin. Agaknya tidur pun sebelah jin.


#walaupun di dunia kita tak dapat tengok jin, tapi di akhirat, jin pulak tak dapat tengok kita dan kita pulak boleh tengok kaum jin ni.